Tuesday, December 28, 2010

AWAS !! Virus facebook Barack Obama Hillary Clinton - sex scandal


tadi aku jenjalan kat blog2 manusia yg suka men blog neh. pastue aku terrjumpe satu blog ni nama luper la nme tuan empunya blog toh..banyak brite terbaru kat situ..tapi ada satu yang menarik perhatian aku.. sila baca kat bawah ni.. : )

 

=> Makluman Bagi semua pengguna Facebook diharap berhati-hati kerana kini terdapat virus yang akan membuatkan anda menghantar link sebuah video yang tidak wujud kepada semua rakan-rakan anda di dalam senarai rakan anda di facebook. Bagaimana ia beroperasi? Virus ini akan bertindak apabila anda meng 'klik' link yang kononnya video skandal seks Barack Obama dan Hillary Clinton, video tersebut bertajuk Barack Obama Hillary Clinton - Sex Scandal.

Jadi sekiranya anda menerima video tersebut dari mana-mana rakan anda di facebook, kemungkinan besar rakan anda telah meng 'klik' link video tersebut, seterusnya video itu dihantar kepada anda seolah-olah rakan anda itu yang menghantarnya. Namun percayalah rakan anda tak sejahat itu untuk menghantar video tidak senonoh tetapi mungkin kerana semangat ingin tahu kawan anda itu menyebabkan dia menekan link video tersebut. Berikut contoh virus Facebook yang dimaksudkan. Harap dapat disebarkan kepada semua rakan-rakan di Facebook!

Bagaimana cara untuk mengelakkan dari virus ini bertindak kepada anda? Mudah sahaja, sekiranya anda menerima video seperti yang ditunjukkan di atas janganlah klik, sebaliknya delete (padam) sahaja bagi mengelakkan anda atau sesiapa yang terlihat video itu dari ter 'klik' dan seterusnya dihantar kepada rakan-rakan mereka. Ingat, bila anda menemui video bertajuk Barack Obama Hillary Clinton - Sex Scandal, jangan gatal-gatal nak klik, tiada video semacam itu, sebaliknya itu hanyalah virus! Sila sebarkan kepada rakan-rakan anda semua..... T.Q

No comments:

Post a Comment