Wednesday, May 18, 2011

tonsil awak :)

utk owg yg sy sygi & kasihi -----> hunny <3

esok awok kne oprate! hahahahahahah mlm neh jgn lupe buat solat hajat taw!
moga sumer bjln lancar! insyaallah sy x de time tuh. dari jao sy hnya doakan keselamatan awokk :))

kt bwh neh sy ada sedikit info nk suh awk bc, law awk rajen bc lah. awk pon da sedia mklum tntg pkare neh saje sy nk remind kn awokk sblm dan selepas oprate ni :|

Tonsil merupakan kelenjar limpa yang terletak di bahagian tekak, ia berfungsi sebagai penuras kuman semasa pernafasan. Sesetengah individu boleh menghadapi infeksi tonsil yang berulang dan teruk.
Jika ia memberi masalah kepada individu tersebut, tonsil itu boleh dibuang melalui pembedahan tonsilektomi. Indikasi lain untuk pembuangan tonsil ialah saiz tonsil yang besar yang membawa kepada masalah berdengkur dan jika tonsil itu menghadapi kanser.
Pembedahan tonsil mengambil masa lebih kurang 30 hingga 45 minit dan tidak begitu rumit. Pembedahan akan dilakukan setelah pesakit dibius sepenuhnya dan pesakit tidak akan tahu apa-apa semasa pembedahan.
Setelah bius diberikan, mulut pesakit akan dibuka mengunakan alat yang dinamakan retractor. Pembedahan dilakukan melalui ruang mulut sahaja, tiada apa-apa pemotongan akan dilakukan di mana-mana bahagian kulit luar.
Semasa pengeluaran tonsil, akan ada sedikit sebanyak pendarahan yang selalunya dapat diberhentikan dengan kaedah diatermi.
Diatermi merujuk kepada penghasilan haba pada suatu bahagian tubuh melalui arus elektrik berfrekuensi tinggi yang dipasangkan pada kulit pesakit, terletak antara dua elektrod.
Sebelum mengeluarkan alat retractor, pakar bedah akan memastikan tiada pendarahan lagi dari kawasan pembedahan. Selepas pembedahan pesakit akan diberikan ubat penahan sakit dan kadangkala ubat semburan tekak dan ubat kumur tekak.
Beberapa hari yang pertama pesakit mungkin akan mengalami rasa sakit yang akan menyusahkan proses penelanan. Pesakit dinasihatkan memakan makanan-makanan yang lembut dan sejuk.
Makanan yang pedas juga patut dielakan. Pesakit harus minum lebih banyak air ataupun minuman sejuk. Pesakit juga harus digalakkan bercakap.
Proses penelanan dan percakapan akan membolehkan pergerakan otot-otot di bahagian tekak berfungsi sepenuhnya dan ini akan membolehkan proses penyembuhan di kawasan pembedahan berlaku dengan lebih cepat, justeru rasa sakit akan berkurangan dengan lebih awal.
Proses pemulihan akan mengambil masa lebih kurang satu hingga dua minggu. Proses pemulihan ini boleh berlaku lebih awal lagi jika petua-petua disebut tadi diamalkan.

No comments:

Post a Comment