Friday, September 14, 2012

#220

Ada banyak sangat definisi cinta. Sebab cinta adalah sesuatu yang melibatkan perasaan.Perasaan takkan dapat digambarkan dengan kata-kata, melainkan kita sendiri yang merasakannya. Bak kata orang kampung,
'You'll never understand it until you feel it'

#219

Cemburu Tanda Sayang, Tapi Jangan Berlebihan

Dalam sesebuah perhubungan, tidak salah jika ada perasaan marah atau cemburu kerana ia sudah adat cuma jangan berlebihan.
Emosi marah tidak harus menguasai diri kerana ia hanya akan mendatangkan keretakan dalam hubungan.
Mengikut kajian pakar, hampir 80 peratus keretakan dalam perhubungan berpunca apabila perasaan marah dijadikan perasaan utama. Ini berlaku apabila setiap kali wujud krisis dalam hubungan, setiap pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami perasaan diri yang sebenarnya.
Tip Cinta
Kadangkala masalah kecil diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang antara satu sama lain. Tetapi apabila perasaan marah sudah menguasai diri dan hubungan berakhir, lazimnya ia berlaku dengan alasan tiada jodoh dan sefahaman.
Memang benar jodoh itu di tangan Tuhan tetapi kita berhak berusaha agar jodoh kekal bersama orang tersayang.
Tetapi jangan hanya sebelah pihak saja berusaha. Usaha mesti dilakukan kedua-dua pihak untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan.
Satu lagi perasaan yang perlu diatasi adalah cemburu. Tidak salah untuk rasa cemburu tetapi biarlah berpada-pada. Memang benar cemburu tandanya sayang tetapi jangan melampaui batas.
Tidakkah rasa sia-sia hubungan yang dijalin sekian lama terputus begitu saja hanya disebabkan cemburu pada pasangan?
Ramai yang memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengekang perasaan cemburu daripada terus menyelubungi hidup.
Terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perasaan cemburu mengawal hidup kita iaitu jujur dan setia.
Memang ada perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tapi bagi mengelakkan pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan, lebih baik jujur dan berterus terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan.
Jika jujur pada pasangan, sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan perhubungan itu hingga ke akhir hayat.
Kesetiaan juga memainkan peranan penting kerana jika kita sayangkan pasangan, sudah pasti kita juga akan setia padanya.
Jika sayangkan seseorang, sudah pasti kita tahu siapa yang ada di hati. Jadi, apabila sentiasa mengingati pasangan, amat mudah untuk kita mengelakkan diri daripada berlaku curang pada pasangan.
Cinta terasa indah apabila ke mana saja kita pergi, si dia sedia menemani tetapi terasa pahit apabila kita ternampak pasangan berjalan berdua-duaan bersama insan lain.
Apapun, jangan biarkan marah dan cemburu terlalu menguasai diri. Berikut sedikit panduan untuk membantu kita menjauhi rasa marah dan cemburu, sekali gus mengekalkan keindahan hubungan bersama si dia:
* Jangan sesekali memungkiri janji.
* Sentiasa jujur kepada si dia kerana wanita atau lelaki memang benci apabila ditipu.
* Beritahu si dia mengenai sesuatu perkara dengan tepat.
* Jika si dia dalam keadaan bermasalah, sentiasa menggembirakannya.
* Andai anda jujur, si dia akan setia kepada anda.

Friday, September 7, 2012

loghat KLATEE KAWEE


Berbalik kepada entri aku ni.Mungkin sesetengah orang bila tengok tajuk entri aku kali ni anggap aku ni saja bawa semangat kenegerian kot.Semangat ke? hahaha peduli apa aku.Takde apa² yang boleh dijadikan kontroversi.Kita dibawah pemerintahan demokrasi kan.hee..Walaupun aku orang kelantan (proud to be kelantanese!) tapi ada juga loghat kelantan yang aku x tau atau x sebot ngan betul.So entri aku kali ni aku nak share sikit 'kelate dictionary'.hehe..siapa² yang nak belajar sila lah hafal & bunyikan dengan betul & bagi kelantanese pula sila lah ambil peduli loghat nenek moyang kita & pelihara la ia kerana ia identiti kita yang tersangat unik.haiiisssshhh terasa skema pula bahasa ambo..



SKali Arung - Sekaligus
Air Geh - Air Berkabonat
Jauh Sapok - Teramatlah Jauhnya
Panah Terik - Panas Yang Teramat Sangat
Comel Lote - Comel Yang Amat
Sejuk Ketta - Sejuk Yg Sangat?
Ite Lettung - Tersangatlah Hitamnya
Punoh Jahne - Rosak
Gura Bewok - Gurauan Yang Menyebabkn Pergaduhan
Taik Aye Mone - Tahi Ayam Yang Masih Hangat
Kona Lepe - Corner Lipat
Kelecak - Terpelanting
Nakuk Paik - Penakut Yang Amat Tinggi
Lonjong - Tinggi Sangat
Tinggi Nya - Yuk Sama Macam Di Atas
Masing Pekkok - Teramat Masin
Nipih Nayyang - Sangat Nipis
Maknga - Cuai
Babei - Degil (Tak Tau Nak Eja Camne)
Jabir / Supek - Plastic Bag
Kogrok - Tengkorak
Kehek - Muntahkan Semula
Puahsang - Boring
Meppeh - Tak Larat
Kepeh Blepeng - Sangat Kempis
keghah kekong = keras yg teramat
koho/selo = perlahan/slow
kettuk heghek = kentut tarik
blana kokna = banyak yang amat
samah = 50 sen
duo amah = singgit
kekoh = gigit
toksoh = jangan / tak usah
bakpo = kenapa
guano / belah mano = macam mana
gapo / gapo dio = apa / apa dia
ghoyak = bgtau
blago = berlanggar
mokte = rambutan
woh kekoh caa = kuih buah melaka
ccongek = tejungkit
kupik hangik = kedekut nak mampos
woh tteghe = buah gajus
nnetting = melantun
deghah = deras / laju
manih letting = manis yg amat
pok-e-dèng = pepatung


Biasanya perkataan yang berakhir dengan`an','am','ang' diganti dengan
Jangan = jange
Lengan = lenge
ayam = aye
Geran = gere
Pisang = pise


peranan "SABDU" dalam loghat Kelantan. Begitu besar dan
boleh membezakan langit dengan bumi.


contoh,

MAKE KETENG = MAKAN KANTIN (patah gigi karang)

MAKE KKETENG = MAKAN DI KANTIN

TOK PAKA = TAK PAKAI
TOK PPAKA = TAK BOLEH PAKAI/TAK BERGUNA
KECEK = PUJUK
KKECEK = BERCAKAP
MAYE SEJID = SOLAT MASJID (solat tahiyyat masjid adalah, solat masjid takde!)
MAYE SSEJID = SOLAT DI MASJID


Ada beberapa "bunga bahasa" dalam loghat kelantan yang unik..
Antaranya:
YAK = lebih kurang "opocot!!!" atau "oops!!"
DEH? = memohon restu atau persetujuan...lebih kurang "OK?",
GAK = lebih kurang "habis tu.." atau "so.."
PAH? = lebih kurang "GAK"
HO(bunyi naik ke hidung sikit ) = "ya lah.." atau "yes"
DOCK? = lebih kurang "bukan?", "betul tak?" atau "isn't it?"


Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh tahan menarik:
manis LLETING = sangat manis
masing PPEGHAK = sangat masin
pahit LLEPE = sangat
mase PPUGHIK = sangat masam
tawa EBER = sangat tawar
putih SSUEH/SSEMBO = sangat putih
hite LLEGE = sangat hitam
biru KKETU = sangat biru
kuning NNEHE = sangat kuning
kenye BBONYAH = sangat kenyang
comel LLOTE = sangat cantik
gemuk DDEBOK = sangat gemuk
busuk BBANGA = sangat busuk
hapok KOHONG = sangat hapak
nnakut APAH = penakut sangat
ceghoh JEGHILOH/BBOLE = sangat terang
jatuh CELABOK = jatuh sangat teruk
kuca HANYA = sangat bercelaru
LAMOKE = nanti kan


Perbezaan penggunaan gelaran untuk binatang:-
Pok (Pak) untuk haiwan yang merayap di atas tanah:
contoh:-
Pok Katok - Katak
Pok Ko - Sesumpah
Pok Kiok - Kongkiak
Pok Kaghong - Mengkarung


Ibu untuk haiwan-haiwan yang berterbangan
contoh:-
Ibu Yak - Riang-riang
Ibu Keladu - Kelkatu
Ibu Cighik - Cengkerik
Ibu Kabo - Kumbang Tanduk (org jepun panggil KABUTO, dekat2 dah tu)
Ibu Tunga - Tungai
Ibu Tghebe - Serangga yang terbang


istilah kelantan yang biasanya orang salah faham:

selalu = terus (cth: wak selalu = buat terus)
rajin = pernah (cth: rajin gi nara = pernah pergi narathiwat)
buje(bujang) = janda (bukannya dara/teruna)
**** = kering (kitorang bukan mencarut bila sebut perkataan ni, cth: nyo **** = kelapa takde air)
patat = dasar (pun bunyi macam mencarut tapi bukan, cth: patat sunga = dasar sungai, patat koli = lempeng)
tuak = air nira fresh (bukan tuak sarawak, yang ni tak mabuk)
gedut = kecik (bukan gendut/gemuk, cth: bah gedut = bas mini, selua kaki gedut = seluar carrot-cut)


Bahasa kelantan tidak menggunakan imbuhan dihadapan sesuatu perkataan tetapi lebih kepada menggunakan sabdu, dan ayat didalam bahasa kelantan tidak dimatikan dihujungnya.

contoh:

betina - tino (Ttee-nor)
berjalan - jale (Jjaa-ley)
bermain - maing (Mmaa-eng)
perbualan - buale (Bbua- ley)
pemerintahan - meritohe (Mme-ghi-toh-he)
SAYA: kawe, ambo, kito


AWAK: demo, awe (untuk lelaki),che mek (untuk perempuan), awok

SEGERA: slalu (sla looh)

SEMALAM: kemaghin (ke ma ghin) (yesterday)

MALAM TADI: semale (se ma ley)

ABANG: abe (aa bae)

KAKAK: che kak, kak

IKAN: ike (ee kae); ike todok (ikan todak)

AYAM: aye (aa yae); contoh: aye katik, aye seghamo (serama)

JAMBATAN: ghetok (ghe tok - gertak)); contoh: ghetok Sute Yahyo (Jambatan Sultan Yahya)

MAKAN: make (maa kae)

DATANG: maghi (maa ghi)

ROJAK: colek (collek)

SATU: so (macam sos tapi buang s kat belakang jadi so)

BUDU: SOS BILIS kuang kuang kuang :clown: :cheer: :haha:
DUIT: duik, pitih
Bokbong - spesis musang
Ttuyup - pepatung
Pok Kor - spesis mengkarung
Ike Kkhonge - ikan cencaru
Gelenyar,Gletah -mengenyam, getik
Absorber = saksoba
Supik Gelenyar/supik rhokrhak - plastik bag (yang nipis tu.)
Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab "tuffah" = epal)
mokte = rambutan
kuk/kok = sekeh
njja = tendang
x cakno = x hirau
nyaknyo = kesian
bbaloh = kelahi
Ggaduh = nak cepat (double `G' means sabdu))
debe = berani gilerr
Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work)
Tohok = buang
rhukah = panjat
Ghohok = susah, payah
hungga = lari (bkn hungga bungga ekk)
cuwoh = curah
getek/etek = juga
tepoh = langgar
tubik = keluar
SIAK DUK GGOBAR = Jangan risau.. Don't worry, be happy!!!
IDAK KO = cuma
WAK GGOGHI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with.(biase nyer dlm urusan perniagaan)
DEKPONG GAK EH = Kalau ya pun
Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu)
Kelaghing = kesat/not smooth (kulit kelaghing = skin not smooth enough)
belengas = melekit
klikpah klikpah = terpinga pinga
lipotey = x tetap duduk
nneting = melantun
POZEK (deposit),
RIZAT (1.result
NNEJA (manager),
ISTEK (estate),
SUWIH (switch),
MERKET (market), dll...
BOKK (book)
rhoba (rubber)pemadam

fuhh..buleh tahan juga banyaknya.Tu pun ada lagi yang x termasuk dalam senarai tadi.Kalau ada yang perasan, most muda mudi kelantanese yang berjiwa indie la kunun² nya ada loghat kelantan mereka yang tersendiri.Loghat ke eh? hm lebih bunyi sebutannya lebih kurg tp ejaannya agak unik,kreatif & binawe! hakhak..Nanti kalau ada masa aku post entri pasal tu pula.
Theme song:






"perlahan mimpi terasa menganggu..ku cuba untuk terus menjauh..."