Friday, November 11, 2011

Maaf Andai Setakat Ini Sahaja Jodoh Kita......

Memang betul.....jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Allah telah menetapkan perjalanan kita semuanya. Walaupun sebijak mana kita merancang, kita tetap kena tunduk akan kekuasan-Nya. Begitulah seperti yang telah di takdir, sekurangnya kita menyedari bahawa kita tidak mampu untuk melawan takdir yang telah di rencanakan.

Setiap pertemuan akan ada perpisahan. Pertemuan datang dalam pelbagai bentuk dan begitulah juga perpisahan yang pergi juga merungkai seribu persoalan. Walaupun begitu pedih dan perit mgalir air mata darah skali pun aku tetap x dapat mlawan kehendakmu. namun sekiranya perpisahan adalah langkah yang terbaik untuk kedua belah pihak maka itulah jalan yang sebaiknya bagi mengelak kekeruhan yang berpanjangan.
Aku ingin memohon maaf di atas segala keceluparan mulut aku sebelum ini. Maklumlah aku cuma manusia biasa yang mempunyai perasaan dan tidak terlepas dari salah & dosa. Sepanjang 23 bulan ini, begitu banyak sekali pahit maung kita lalui bersama. Suka duka menjadi perencah dalam kehidupan kita. Andai antara kita tidak mampu lagi untuk memberi yang terbaik maka perpisahan adalah jalan yang terakhir. Selamat tinggal DEAR....... semoga tiada perasaan saling membenci antra kita.


*ALLAH tidak pernah memisahkan sesuatu dari hambaNYA kecuali DIA menggantinya dengan yang lebih baik. Dan ALLAH tidak pernah ingkar janji…


p/s : akusentiasaadauntukkamu.sayangkausampaibilabila!